DENGUE COMBI

COMBI
 http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/page2.php?kandungan=content/s_combi.html
COMBI adalah singkatan dari Communication for Behaviourial Impact . Program yang di asaskan oleh WHO dan dilaksanakan di sini oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilesasi sosial dan komunikasi  untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti kearah tingkahlaku yang sihat.

COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkahlaku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi social dan komunikasi yang boleh diubahsuai mengikut objektif-objektif tingkahlaku yang telah dipilih.
Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu;
  • Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi
    (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy)
  • Kerahan Masyarakat (Community Mobilization)
  • Pengiklanan (Advertising)
  • Penyampaian Peribadi/ Komunikasi Interpersonal
    (Personal Selling / Interpersonal Communication)
  • Promosi di Pusat Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)
OBJEKTIF
Matlamat COMBI ialah untuk;
  • Menggerakkan pelbagai sector komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti.
  • Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti.
  • Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/ tingkahlaku/ norma social dalam komuniti.
KUMPULAN SASAR
Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:
  • Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak samaada;
  • Wabak berulang,
  • Wabak tidak terkawal atau
  • Lokaliti wabak
  • Lokaliti yang pernah berlaku kejadian kes
  • Lokaliti yang mempunyai Indeks Entomologi tinggi
  • Lokaliti yang sukarela untuk menubuhkan projek COMBI

KENALI DEMAM DENGGI

http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/page2.php?kandungan=content/s_combi.html
APA ITU DEMAM DENGGI
Merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh  nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
APAKAH TANDA-TANDA DEMAM DENGGI?
1.   Demamkuat yang mengejutdanberterusan
2.   Bintikmerahpadakulit
3.   Sakitterukpadatulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, bijimata dan kepala
4.   Berdarahpadabadan, hidungdanmulut
5.   Hilangseleramakan
6.   Muntah-muntah
7.   Sakitperut
8.   Rasa pahit pada lidah
9.   Lemah dan tidak bermaya
BAGAIMANA DEMAM DENGGI BOLEH BERJANGKIT?
1.   Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
2.   Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3.  Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4.   Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi



No comments:

Post a Comment